Doktor Zhivago

Doktor Zhivago (Bahasa Rusia: До́ктор Жива́го) ialah sebuah novel cereka sejarah bahasa Rusia tahun 1957 karya Boris Pasternak. Cerita ini mengisahkan seorang doktor dan penyajak yang terperangkap dalam keadaan gawat selepas perubahan ketara dalam poitik Rusia sejak meletusnya Revolusi Rusia 1905 sehinggalah ke Perang Dunia Kedua.Buku asalnya mahu diterbitkan Pasternak dalam majalah Novy Mir namun ditolak bukan sahaja kerana tidak selaras fahaman realisme sosialis yang dikehendaki pihak kerajaan Soviet,[1] malah ada kandungan tertulis ia yang dianggap mencabar atau mengkritik ideologi Soviet[2] terutamanya berkaitan dasar-dasarnya (termasuk Stalinisme dan kolektivisasi) lalu menjadi cerminan pendirian Pasternak. Atas galakan penerbit Itali, Giangiacomo Feltrinelli, Pasternak menyeludup karyanya ke Milan untuk diterbitkan di sana pada tahun 1957. Karya ini berjaya meriah beliau Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun berikutnya - berita tersebut menjadi suatu penghinaan dan batu api kepada Parti Komunis Soviet.[3]Novel ini telah menjadi sebahagian komponen sastera utama dalam kurikulum sekolah seluruh Rusia sejak tahun 2003 untuk pelajar berusia 16-17 tahun.[4]